Thursday, May 14, 2009

Dramatari Epic of Ramayana & Sitadewi:Terima kasih & Tahniah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana memberi peluang dan nikmat kepada kami semua dalam menjayakan pementasan Dramatari Epic of Ramayana & Sitadewi sempena penilaian akhir pelajar Seni Lakon dibawah subjek Dramatari dan Make-up yang berlangsung di Taman Budaya Kuala Lumpur pada 8 & 9 Mei yang lalu.
Terima kasih terutama buat Cik Dida,Cik Fifi,pihak Taman Budaya KL dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pementasan ini.















Tahniah buat pelajar Seni Lakon (CT 113) yang terdiri daripada 24 orang dan pelajar pengurusan (Ct 114) yang terdiri daripada 11 orang.Ini merupakan peluang dan pengalaman bagi mengorak langkah seterusnya dalam memperjuangkan seni budaya kita.Jutaan kemaafan dari pihak Cendekia Semenda Craetive & Event Management jika ada terkurang dan kekhilafan kami.Terima Kasih.