Saturday, October 31, 2009

Semester akhir yang bakal menjelang

Assalamualaikum semua...maaf kerana sudah beberapa minggu blog ni tidak diupdate.macam biasa,kami dikekelingi kesibukan dan pelbagai tanggungjawab yg mesti dilaksanakan. Sedar tak sedar dalam beberapa minggu lagi,kami akan menutup lembaran semester 5 kami dan membuka sebuah lagi perjalanan yang dinamakan "Road to Showcase".Insyaallah kami bekerja dibawah pengarah Pn Aminah Raphor yang bakal mementaskan sebuah teater muzikal remaja...insyaallah.

Dibawah ini kami mengenang kembali waktu-waktu terdahulu kami di bumi UiTM Puncak Perdana dan FACT ini:
ini merupakan kenangan semester satu.time ni kami memeantaskan antara persembahan teater awal kami di bawah subjek Asas Seni Lakon dibawah En Mazlan.



di atas ini semasa sesi photoshoot untuk diploma showcase 'Pentas Opera'.ni adalah semester 2.


ini pula kenangan semester 3.time ni lepas meeting rasanya.kelakar je tengok muka-muka kami ni.

dan ini...semester 4.hari pertama lepas kelas Pn Kenchana...

ni yang paling terbaru,semester 5.ni semasa Masquerade Raya Night 9 Oktober yang lalu...
Doakan kejayaan kami terutama untuk showcase dan kami benar-benar berdoa supaya kami dapat grad on time!insyaallah...Allah bless us.

Thursday, September 10, 2009

Masquerade Raya Night

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kami dengan berbesar hati menjemput anda ke majlis 'Masquerade Raya Night' yang insyallah akan berlangsung pada 9 Oktober 2009 ini.Majlis keraian ini bersempena dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang diuruskan oleh produksi kami.Istimewa majlis ini ialah kami mengabungkan konsep masquerade agar majlis kelihatan lebih tersendiri dan meriah.




Kami juga menjual t-shirt sebagai cenderahati pada malam tersebut.Pihak kami meyediakan 2 jenis pattern t-shirt.tempahan awal boleh dibuat mulai sekarang.

Sebarang pertanyaan seperti harga dan saiz bolehlah merujuk kepada Koordinator Grafik & Penerbitan kami iaitu Siti Nurfadhilah Hayani & Noor Atiekah (019 5981582)

Sebarang pertanyaan mengenai tiket,sila berhubung dengan Fadhilah (017 2360037).Tiket juga boleh ditempah mulai sekarang.Kami mengalu-alukan kehadiran anda di majlis ini.Pelbagai acara menarik menanti anda!

Wednesday, July 22, 2009

Sesi Induksi Pelajar Baru kemasukan julai-nov 09 (Part 2)

Ok,part 2 of induction.maaf x update sebab kami sedikit sibuk dengan beberapa perkara.
enjoy this moment!









actually byk lagi gambar2 spjang induction ni.terlalu byk uk diuploadkan smua kat sini tetapi kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.insyaAllah.

Wednesday, July 15, 2009

Sesi Induksi Pelajar Baru kemasukan julai-nov 09 (Part 1)

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Syukur alhamdulillah kerana kami masih lagi diberi peluang untuk meneruskan pengajian kami di semester lima ini.minggu ini berlangsung sesi induksi junior sem 1-senior sem 5 iaitu kami.kami juga memperkenalkan pelajar baru ini kepada pelajar sem 2 hingga sem 6 termasuk pelajar degree.induksi sangat penting bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhwah sesama pelajar baru dan pelajar lama dan dengan induksi ni juga kita dapat kenal lagi dengan ahli-ahli keluarga baru FACT.

Di bawah ini,bebarapa moment semasa sesi induksi ini berlangsung:




















Insyaallah hari khamis,16 julai pelajar baru jabatan teater dan jabatan skrin akan bergabung dalam sesi induksi ini.sesi induksi ini akan berakhir pada hari ahad,19 julai ini.

Saturday, June 20, 2009

New Semester ^The Fifth^

Diam x diam dh masok semester 5..
Alhamdulillah...
Kami amat bersyukur kerana kami masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan kami hingga ke semester 5 ini..
Semester ini merupakan bermulanya cabaran dan tanggungjawab yang amat besar dimana kami akan memulakan kehidupan kami di kolej sebagai 'Senior' .
Tugas kami adalah membantu adik-adik (pelajar baru) kami dalam mengenali kehidupan baru mereka sebagai siswa dan siswi .
Kami juga akan menjadi contoh kepada adik-adik kami yang bakal kami iktirafkan sebagai 'Junior'.
Kami harap kehidupan 'Senior''Junior' akan datang akan berjalan dengan lancar dan akan menjadi secebis memori indah dalam kehidupan masing2.. Amin... :p

Thursday, May 14, 2009

Dramatari Epic of Ramayana & Sitadewi:Terima kasih & Tahniah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana memberi peluang dan nikmat kepada kami semua dalam menjayakan pementasan Dramatari Epic of Ramayana & Sitadewi sempena penilaian akhir pelajar Seni Lakon dibawah subjek Dramatari dan Make-up yang berlangsung di Taman Budaya Kuala Lumpur pada 8 & 9 Mei yang lalu.
Terima kasih terutama buat Cik Dida,Cik Fifi,pihak Taman Budaya KL dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pementasan ini.















Tahniah buat pelajar Seni Lakon (CT 113) yang terdiri daripada 24 orang dan pelajar pengurusan (Ct 114) yang terdiri daripada 11 orang.Ini merupakan peluang dan pengalaman bagi mengorak langkah seterusnya dalam memperjuangkan seni budaya kita.Jutaan kemaafan dari pihak Cendekia Semenda Craetive & Event Management jika ada terkurang dan kekhilafan kami.Terima Kasih.

Thursday, April 30, 2009

Dramatari "Epic Of Ramayana & Sitadewi"


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Cendekia Semenda C&E akan mempersembahkan sebuah dramatari klasik iaitu "Epic of Ramayana & Sitadewi" yang bakal berlangsung di Taman Budaya Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Mei 2009 ini.Barisan pelakon terdiri daripada 24 orang pelajar Seni Lakon dibawah bimbingan Cik Zaridah Mallik.Masuk dengan sumbangan pembelian buku program iaitu RM10 dan RM5 untuk pelajar sekolah.Jemput hadir ke persembahan kami.

8 Mei 2009 : 8.30 mlm
9 Mei 2009 : 3.00 ptg & 8.30 mlm.

jika mempunyai sebarang pertanyaan,sila emailkan ke : cendekiasemenda@yahoo.com



Wednesday, April 29, 2009

Permulaan Yang Bermakna Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,Selamat datang ke Cendekia Semenda Creative & Event Manament.Kami dari batch CT 114 & CT 113,Julai 2007 telah menubuhkan syarikat kami bagi persediaan terutama kepada Diploma Showcase kelak.

Setiap elemen logo ini ialah :

  • hijau itu tandanya seimbang,kreatif,bebas dengan idea baru dan melindungi,
    ada tiga perkara pokok iaitu:motif c,motif s dan dua titik,Apa dia tu?
  • motif c untuk cendekia,motif c diwujudkan daripada anak bulan,maksudnya kami akan sentiasa bermusahabah tatkala tibanya anak bulan baru,motif s untuk semenda,motif s dari tumbuhan hijau yang disusun dengan rapi,maksudnya gunakan apa yang ada untuk membentuk sesuatu yang baik,
  • motif dua titik untuk idea dan pelaksanaan,kecil itu idea, besar itu pelaksanaan,kecilnya idea itu akan diambilkira,dan akan membuat pelaksaan yang besar,itulah titik besar kepada permulaan iaitu idea cuma satu titik kecil,
  • apabila digabung semua ini akan terhasil satu motif keris,satu senjata simbol orang melayu,kami tidak akan lupakan kemelayuan,walau apa terjadi,akan kami simpan dan jaga,santun bahasa,budaya indah, bicara hang Tuah,Semangat keris itu yang kami bawa,
  • Apa lagi?dan seterusnya,wujudlah aura hijau,aura yang membawa nama baik kepada syarikat.


Didoakan supaya aura itu tak malap dan akan kelamlah hidup nyawa syarikat ini.Hapuskan semua itu,terangkan aura itu....