Friday, April 16, 2010

Sekalung Terima Kasih & Tahniah Buat Semua!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong pementasan Asy Syura yg telah berjaya dipentaskan pada 9,10,11 april yg lalu di Auditorium DBP.sekalung penghargaan khas buat rakan-rakan pelakon & produksi,pensyarah,staff DBP,Datuk Johan Jaaffar dan semua yang telah menyokong dan menjayakan Asy Syura ini.

Sesungguhnya segala kebaikan itu hanya datang dari Allah dan segala kelemahan dan kekurangan itu datang dari kami.sila klik ke Facebook kami untuk melihat banyak lagi gambar2 menarik sepanjang pementasan ini...

Friday, March 26, 2010

Kami mempersilakan anda semua ke pemenatsan teater Asy Syura pada 9,10 & 11 ini di Dewan Bahasa dan Pustaka.masuk dengan pembelian buku program RM 10.

"berapa banyak tanah direbut? berapa banyak budi bertaut,apabila si sulung menjadi kalut,kalimah asy syura lupa disebut..."


Wednesday, March 10, 2010

Pertukaran Skrip : Asy Syura (Datuk Johan Jaafar)

Assalamualakum & selamat sejahtera...

Final skrip kami ialah Asy Syura karya Datuk Johan Jaafar yang diarahkan oleh Aminah Rhapor.
Naskah Asy Syura yang membawa maksud perpaduan berkisarkan pergolakan yang berlaku di antara adik-beradik dalam sebuah keluarga di mana saling berlaku percanggahan pendapat dalam menguruskan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka.
Ada yang benar-benar mahukan tanah pusaka tersebut dibahagi-bahagikan agar masing-masing mendapat bahagiannya & ada yang tidak mahu ambil peduli langsung mengenai tanah pusaka tersebut.
Pergolakan semakin kusut apabila abang sulung mereka,Mid yang hakikatnya seorang lelaki yang sempurna dengan didikan agama yang tinggi namun sikapnya yang suka berjudi, tamak dan keras hati menyebabkan dia dimusuhi oleh orang di sekelilingnya.'Kebisuan' Jarah , isteri kepada Mid lantaran perbuatan suaminya itu dipendam dan tidak pernah diluahkan kepada sesiapa.
Inah, anak anak kepada Nin & Siah satu-satunya tempat Jarah mencurahkan kasih sayang. Hal ini berlanjutan sehinggalah Inah menemui ajalnya. Setelah apa yang berlaku,Mid mula sedar atas semua yang berlaku dek kerana angkaranya sendiri.
"Tentang sesuatu apa pun kamu berselisih maka keputusannya (terserah) kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian). Itulah Allah Tuhanku, kepadaNyalah aku bertawakal dan kepadanyaNyalah aku kembali "
Surah Asy Syura,juz 25

Wednesday, January 20, 2010

Showcase Time!!!!

Assalamualaikum....
wahh...hari yang sungguh memberi permulaan baru buat kami...diam x diam dah 3 minggu kami memulakan langkah untuk menuju destinasi terakhir diploma kami di fakulti ini...Hari ni berlangsungnya Audition untuk mencari bakat2 baru untuk mengisi kekosongan bagi back up singer dan live band untuk teater yang bakal dipentaskan April ini.
dan untuk show yang terdekat ini,kami akan mempersembahkan CS journey 3 february ini untuk malam konfrensi terakhir kami.kejutan?of coze.....hahahha...(baguslah 4 hb tu test subjek marketing..)
doakan kami buat yang paling terbaik sedaya kami dan doakan kami mendapat kekuatan fizikal dan mental untuk menyelesaikan semua ini...amin.
to all actors, be more energatic and to all managers, be more workaholic!

Monday, January 11, 2010

Semangat dalam langkah kami

Assalamualaikum...masih belum terlambat untuk kami sekeluarga ucapkan selamat tahun baru 2010 buat semua.semoga tahun yang sudah beranjak ini membuahkan kejayaan bersama.ini merupakan semester diploma terakhir kami dan pastinya kami sedang berusaha ke arah Diploma Showcase yang bakal diadakan pada April ini.insyaallah...
Semoga semarak semangat kami akan terus dipacu oleh dorongan dari Maha Pencipta dan setiap pensyarah yang tersayang.Seluruh keluarga kami sedang bertungkus lumus untuk melakukan yang terbaik dan kami benar-benar berdoa agar setiap usaha kami ini dirahmati Allah.amin.
coming soon in this April!