Friday, March 26, 2010

Kami mempersilakan anda semua ke pemenatsan teater Asy Syura pada 9,10 & 11 ini di Dewan Bahasa dan Pustaka.masuk dengan pembelian buku program RM 10.

"berapa banyak tanah direbut? berapa banyak budi bertaut,apabila si sulung menjadi kalut,kalimah asy syura lupa disebut..."


Wednesday, March 10, 2010

Pertukaran Skrip : Asy Syura (Datuk Johan Jaafar)

Assalamualakum & selamat sejahtera...

Final skrip kami ialah Asy Syura karya Datuk Johan Jaafar yang diarahkan oleh Aminah Rhapor.
Naskah Asy Syura yang membawa maksud perpaduan berkisarkan pergolakan yang berlaku di antara adik-beradik dalam sebuah keluarga di mana saling berlaku percanggahan pendapat dalam menguruskan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka.
Ada yang benar-benar mahukan tanah pusaka tersebut dibahagi-bahagikan agar masing-masing mendapat bahagiannya & ada yang tidak mahu ambil peduli langsung mengenai tanah pusaka tersebut.
Pergolakan semakin kusut apabila abang sulung mereka,Mid yang hakikatnya seorang lelaki yang sempurna dengan didikan agama yang tinggi namun sikapnya yang suka berjudi, tamak dan keras hati menyebabkan dia dimusuhi oleh orang di sekelilingnya.'Kebisuan' Jarah , isteri kepada Mid lantaran perbuatan suaminya itu dipendam dan tidak pernah diluahkan kepada sesiapa.
Inah, anak anak kepada Nin & Siah satu-satunya tempat Jarah mencurahkan kasih sayang. Hal ini berlanjutan sehinggalah Inah menemui ajalnya. Setelah apa yang berlaku,Mid mula sedar atas semua yang berlaku dek kerana angkaranya sendiri.
"Tentang sesuatu apa pun kamu berselisih maka keputusannya (terserah) kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian). Itulah Allah Tuhanku, kepadaNyalah aku bertawakal dan kepadanyaNyalah aku kembali "
Surah Asy Syura,juz 25