Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,Selamat datang ke Cendekia Semenda Creative & Event Manament.Kami dari batch CT 114 & CT 113,Julai 2007 telah menubuhkan syarikat kami bagi persediaan terutama kepada Diploma Showcase kelak.
Setiap elemen logo ini ialah :
- hijau itu tandanya seimbang,kreatif,bebas dengan idea baru dan melindungi,
ada tiga perkara pokok iaitu:motif c,motif s dan dua titik,Apa dia tu? - motif c untuk cendekia,motif c diwujudkan daripada anak bulan,maksudnya kami akan sentiasa bermusahabah tatkala tibanya anak bulan baru,motif s untuk semenda,motif s dari tumbuhan hijau yang disusun dengan rapi,maksudnya gunakan apa yang ada untuk membentuk sesuatu yang baik,
- motif dua titik untuk idea dan pelaksanaan,kecil itu idea, besar itu pelaksanaan,kecilnya idea itu akan diambilkira,dan akan membuat pelaksaan yang besar,itulah titik besar kepada permulaan iaitu idea cuma satu titik kecil,
- apabila digabung semua ini akan terhasil satu motif keris,satu senjata simbol orang melayu,kami tidak akan lupakan kemelayuan,walau apa terjadi,akan kami simpan dan jaga,santun bahasa,budaya indah, bicara hang Tuah,Semangat keris itu yang kami bawa,
- Apa lagi?dan seterusnya,wujudlah aura hijau,aura yang membawa nama baik kepada syarikat.
Didoakan supaya aura itu tak malap dan akan kelamlah hidup nyawa syarikat ini.Hapuskan semua itu,terangkan aura itu....
0 comments:
Post a Comment